20 June, 2009

2ohb Jun 2009 (Green Day)

Tgh tadi lepas hantar Hasanah dan Haziq ke Smart Readers aku, isteri dan Hidanah ke Nursery cari pokok bunga sempena Green Day dan Happy Father's Day. Sebenarnya dah lama nak beli pokok tapi tak ada kesempatan dan belum ada idea pokok jenis mana sesuai dengan kediamanku.

Aku beli 2 pokok jenis rendang , 4 jenis pokok bunga, 6 keping rumput carpet (tambah yang sediada) dan 2 keping reflexilogy stone. (Sory lama saintifik pukul dah lupa).Semuanya berjumlah RM 124.50. Sekarang ini semua barang mahal belaka. Tapi nak buat macam mana dah minat dan seronok tengok kawasan landskap rumah hijau. Actually hijau cukup sinonim dengan aku dan isteri. Sebabnya color rumah hijau, kereta hijau, pokok-pokok yang ditanam mostly hijau, selipar hijau dan baju pun banyak hijau. Kat sini jiran aku memang cam aku sebagai ....... Sampai mak anak kawan anak aku pun kata ....oh rumah yang hijau tu....

Anyway bagi aku hijau itu ketenangan, natural dan sumber inspirasi.

Lepas je Asar, semangat untuk untuk tanam pokok-pokok yang dibeli berkobar-kobar. Wife tolong tengok je.....biasalah dia tak gemar sangat pasal pokok, semuanya ikut aku. Kerja yang dia paling gemar memasak, mengadap komputer dan tengok TV cerita indo (termasuk ke dengan si Hasanah).




Lokasi pokok-pokok yang hendak di tanam ialah di bahagian tepi yang berjiran dengan Cikgu Asiah. Kawasan ini je yang belum di buat lanskap manakala di bahagian hadapan dah ok tunggu pokok-pokok yang di tanam membesar terutama pokok mangga. Bahagian belakang rumah akan tanam dengan pokok pisang je.






Gambar-gambar landskap di bawah adalah bahagian hadapan rumah aku.































































































































No comments: