27 June, 2009

21hb-25hb Jun (Team Building & Wellness Week - JKA)

Program ini di laksanakan bagi mengukuhkan lagi ikatan silaturrrahim di kalangan staf JKA agar seumpama abang, kakak dan adik. Teringat satu pepatah-pepatih zaman dulu iaitu kalau 2-3 batang lidi terlalu mudah untuk di patahkan tetapi kalau seberkas lidi terlalu sukar untuk dipatahkan.

Semoga ikatan ukhwah di kalangan staf JKA samada baru dan lama bertambah kukuh, insyaallah. Saya sendiri pun kalau staf baru ini pun tak berapa kenal. Semester ini banyak sangat pergi berkursus dan menjadi penceramah. Anyway sorry guys.

Bagi program ini saya tak banyak sangat terlibat coz kena jadi facilitator untuk kursus 'Finishing School' iaitu bagi course Konkrit. Saya di tugaskan untuk modul Kerja-kerja Besi Tetulang.

Aktiviti yang saya terlibat ialah senamrobik, galah panjang dan survivor. Walaupun tak banyak terlibat tapi seronok an it's mean a lot for me. Thanks to Meck Ros and the geng , next time boleh anjur dengan lebih meriah lagi. Pada ahli kumpulan saya don't forgot my gadget yang saya buat masa survivor tu.



Berikut gambar-gambar yang sempat saya ambil sebagai kenangan.





Aktiviti survivor di tepi sungai, Sg. Lembing


Makan durian, thanks to Rusdi (our durian supplier)









20 June, 2009

20hb Jun 2009 (Happy Father's Day)



Sebelum tu wife buat muffin kegemaran ku. Yang bestnya berebut dengan anak-anak. Aku bawa juga kat Jabatan untuk di beri pada Rahim, katanya best dan boleh jual ni. Aku senyum je..

Pukul 8.00 mlm tadi wife dan anak-anak ajak gi makan satay untuk celebrate aku. Seronok sebab 1st time celebrate, dulu tak sempat sebab anak-anak kecil dan aku sibuk memanjang.


Kami ke restorant Zul Satay, cukup terkenal di Kuantan. Sampai je orang ramai sungguh especially Chinese. Mungkin diorang pun sibuk nak sambut. Nasib le masih ada lagi meja makan kosong untuk kami duduk.




Wife order 15 cucuk satay ayam, 5 cucuk satay perut, 5 cucuk satay hati sebagai menu utama. Hasanah order nasi lemak ayam + milo air, Haziq order meehon sup + air laici, Umi order tambahan mee bakso + nescaffe panas dan aku order mee bakso dan air tembikai. Si kecil, Hidanah order air laici je.




Sambil maka kami sekeluarga berborak-borak sambil melayan karenah Haziq dan Hidanah. Mata aku turut melilau sekeliling melihat gelagat orang-orang lain dengan karenah anak-anak. Nak tergelak pun anak sebab pelbagai gelagat orang dan budak-budak kecil dapat di lihat. Aku pun masa kecik macam ni jugak mungkin lebih teruk lagi perangainya. Pasti arwah ayah banyak bersabar dengan karenah aku masih kecil.

Lepas habis makan aku bungkus 15 cocok untuk di beri pada mak sebab on my way balik singgah rumah mak.





2ohb Jun 2009 (Green Day)

Tgh tadi lepas hantar Hasanah dan Haziq ke Smart Readers aku, isteri dan Hidanah ke Nursery cari pokok bunga sempena Green Day dan Happy Father's Day. Sebenarnya dah lama nak beli pokok tapi tak ada kesempatan dan belum ada idea pokok jenis mana sesuai dengan kediamanku.

Aku beli 2 pokok jenis rendang , 4 jenis pokok bunga, 6 keping rumput carpet (tambah yang sediada) dan 2 keping reflexilogy stone. (Sory lama saintifik pukul dah lupa).Semuanya berjumlah RM 124.50. Sekarang ini semua barang mahal belaka. Tapi nak buat macam mana dah minat dan seronok tengok kawasan landskap rumah hijau. Actually hijau cukup sinonim dengan aku dan isteri. Sebabnya color rumah hijau, kereta hijau, pokok-pokok yang ditanam mostly hijau, selipar hijau dan baju pun banyak hijau. Kat sini jiran aku memang cam aku sebagai ....... Sampai mak anak kawan anak aku pun kata ....oh rumah yang hijau tu....

Anyway bagi aku hijau itu ketenangan, natural dan sumber inspirasi.

Lepas je Asar, semangat untuk untuk tanam pokok-pokok yang dibeli berkobar-kobar. Wife tolong tengok je.....biasalah dia tak gemar sangat pasal pokok, semuanya ikut aku. Kerja yang dia paling gemar memasak, mengadap komputer dan tengok TV cerita indo (termasuk ke dengan si Hasanah).




Lokasi pokok-pokok yang hendak di tanam ialah di bahagian tepi yang berjiran dengan Cikgu Asiah. Kawasan ini je yang belum di buat lanskap manakala di bahagian hadapan dah ok tunggu pokok-pokok yang di tanam membesar terutama pokok mangga. Bahagian belakang rumah akan tanam dengan pokok pisang je.






Gambar-gambar landskap di bawah adalah bahagian hadapan rumah aku.































































































































17-18-19hb Jun 2009 Pulau Pangkor

Pada 16hb Jun aku bertolak dari Kuantan ke Lumut dengan menaiki bas ekspres Utama jam 10.45mlm bersama dengan officmate, Yusri.
Actually ceramah Induksi bermula pada 18hb tetapi biasalah tempat ini agak jauh dan jadual bas ekspres bertolak ke lumut mengikut masa yang dikehendaki terhad.

Aku sebenarnya letih masa bertolak jadi ape lagi dalam bas tidur sakan le.... Sedar-sedar dah sampai kat Lumut pukul 7.30 pagi. Yang aku tahu driver tak berhenti untuk sembahyang subuh jadi sebaik saja sampai terus terjah ke masjid berdekatan untuk sembahyang subuh (gajah). Ketika di masjid ini memori lama berlegar di kepala aku, apa taknya dulu pada Jun 2004 aku pernah sembanyang di sini untuk tujuan sama juga tapi sebagai peserta kursus induksi tapi kali sebagai Penceramah kursus (alhamdulillah, satu perubahan dalam hidupku). Ingatan bersama dengan Wan Azhar dan Faizol (dari PKB) masih segar.

Lepas sembahyang gi sarapan pagi di gerai stesen bas lumut. Aku pekena mee goreng manakala si Yusri makan roti canai. Selesai je makan kami berdua ke kaunter jual tiket di jeti lumut-pangkor. Yang bestnya pada kaunter tu siap tampal notis "INDUKSI KUMPULAN 1-KPT, PANGKOR CORAL BEACH RESORT". Manakala kaunter satu lagi turut tampal notis "INDUKSI KUMPULAN 1-KPT, TELUK DALAM BEACH RESORT". Kami apa lagi terus je ikut kaunter masing-masing (aku- pangkor coral beach resort dan Yusri, Teluk Dalam Beach Resort).

Aku dan Yusri naik bot yang sama walaupun destinasi resort kami berbeza. Ketika dalam bos aku sempat juga 'posing' dan ambik gambar luar bot. Tenang rasa berada di tengah laut.


















Perjalan kami mengambil masa lebih kurang 25 minit je. Sampai je kat jeti P.Pangkor aku terus mendapat teksi begitu juga dengan Yusri. Malas aku tunggu lama maka ambil keputusan naik terus teksi walaupun seorang. Pemandu caj RM 10.00 untuk sampai ke Pangkor Beach Resort, aku cuba tanya pemandu kalau gi ke Teluk Dalam berapa, dia cakap RM 20.00.

Lebih kurang 7 minit je sampai kat tempat hotel aku menginap, si Yusri dengan haluannya, dengar kabar tempat dia lagi menarik dan 'privacy'. Selepas check-in aku terus je ke bilik 145. Tengok-tengok jam baru pukul 10.30 pagi. Dah rasa boring sebab tengok view sekeliling macam tak best je.

Lepak dalam bilik dan surfing internet sampai pukul 12.30 tgh. Aku bersiap-siap untuk pergi makan tgh, kena cepat takut ramai orng makan lebih-lebih lagi peserta kursus.

Pikul 5.00 ptg keluar dari bilik hotel gi jalan-jalan sorang ke Pantai Bogok. Boringnya sebab sorang tak tahu nak buat ape, lepas snap beberapa view, singgah kedai cari aiskrim. Tengok-tengok juga baju T tapi tak beli pn mahal.

18hb Jun 2009
----------------

Kursus berlangsung, aku ceramah dari pukul 8.30 pg hingga 7.20 mlm.
Letih tapi seronok.

19hb Jun 2009

10.00 pagi keluar ke pekan P. Pangkor gi cari buah tangan untuk bawa balik ke Ktn. Aku beli snak ikan, sotong dan ikan bilis. Tak beli banyak sebab nak spent duit untuk gi kursus PPK 30hb nanti.

Bertolak dari P.Pangkor pukul 4.15 petang. Sampai je di Jeti Lumut, pusing-pusing cari tempat menarik dan snap beberapa view untuk kenangan. Lepas tu perut terasa pulak lapar, jadi cepat-cepat melulu ke gerai 'cari-cari makan'.

Tiket bas aku pukul 6.00 petang tapi bas tiba di stesen pukul 6.15 petang. Aku kira timing bas datang ok jugak le sebab masa aku sembang dengan sorang bro dia tunggu bas dari pukul 2.00 petang lagi untuk ke KT tapi bas tu belum lagi muncul-muncul. Masa aku naik bas bro tu masih lagi ada kat stesen, tengok muka dia merah je sebab bengang.