20 June, 2009

17-18-19hb Jun 2009 Pulau Pangkor

Pada 16hb Jun aku bertolak dari Kuantan ke Lumut dengan menaiki bas ekspres Utama jam 10.45mlm bersama dengan officmate, Yusri.
Actually ceramah Induksi bermula pada 18hb tetapi biasalah tempat ini agak jauh dan jadual bas ekspres bertolak ke lumut mengikut masa yang dikehendaki terhad.

Aku sebenarnya letih masa bertolak jadi ape lagi dalam bas tidur sakan le.... Sedar-sedar dah sampai kat Lumut pukul 7.30 pagi. Yang aku tahu driver tak berhenti untuk sembahyang subuh jadi sebaik saja sampai terus terjah ke masjid berdekatan untuk sembahyang subuh (gajah). Ketika di masjid ini memori lama berlegar di kepala aku, apa taknya dulu pada Jun 2004 aku pernah sembanyang di sini untuk tujuan sama juga tapi sebagai peserta kursus induksi tapi kali sebagai Penceramah kursus (alhamdulillah, satu perubahan dalam hidupku). Ingatan bersama dengan Wan Azhar dan Faizol (dari PKB) masih segar.

Lepas sembahyang gi sarapan pagi di gerai stesen bas lumut. Aku pekena mee goreng manakala si Yusri makan roti canai. Selesai je makan kami berdua ke kaunter jual tiket di jeti lumut-pangkor. Yang bestnya pada kaunter tu siap tampal notis "INDUKSI KUMPULAN 1-KPT, PANGKOR CORAL BEACH RESORT". Manakala kaunter satu lagi turut tampal notis "INDUKSI KUMPULAN 1-KPT, TELUK DALAM BEACH RESORT". Kami apa lagi terus je ikut kaunter masing-masing (aku- pangkor coral beach resort dan Yusri, Teluk Dalam Beach Resort).

Aku dan Yusri naik bot yang sama walaupun destinasi resort kami berbeza. Ketika dalam bos aku sempat juga 'posing' dan ambik gambar luar bot. Tenang rasa berada di tengah laut.


















Perjalan kami mengambil masa lebih kurang 25 minit je. Sampai je kat jeti P.Pangkor aku terus mendapat teksi begitu juga dengan Yusri. Malas aku tunggu lama maka ambil keputusan naik terus teksi walaupun seorang. Pemandu caj RM 10.00 untuk sampai ke Pangkor Beach Resort, aku cuba tanya pemandu kalau gi ke Teluk Dalam berapa, dia cakap RM 20.00.

Lebih kurang 7 minit je sampai kat tempat hotel aku menginap, si Yusri dengan haluannya, dengar kabar tempat dia lagi menarik dan 'privacy'. Selepas check-in aku terus je ke bilik 145. Tengok-tengok jam baru pukul 10.30 pagi. Dah rasa boring sebab tengok view sekeliling macam tak best je.

Lepak dalam bilik dan surfing internet sampai pukul 12.30 tgh. Aku bersiap-siap untuk pergi makan tgh, kena cepat takut ramai orng makan lebih-lebih lagi peserta kursus.

Pikul 5.00 ptg keluar dari bilik hotel gi jalan-jalan sorang ke Pantai Bogok. Boringnya sebab sorang tak tahu nak buat ape, lepas snap beberapa view, singgah kedai cari aiskrim. Tengok-tengok juga baju T tapi tak beli pn mahal.

18hb Jun 2009
----------------

Kursus berlangsung, aku ceramah dari pukul 8.30 pg hingga 7.20 mlm.
Letih tapi seronok.

19hb Jun 2009

10.00 pagi keluar ke pekan P. Pangkor gi cari buah tangan untuk bawa balik ke Ktn. Aku beli snak ikan, sotong dan ikan bilis. Tak beli banyak sebab nak spent duit untuk gi kursus PPK 30hb nanti.

Bertolak dari P.Pangkor pukul 4.15 petang. Sampai je di Jeti Lumut, pusing-pusing cari tempat menarik dan snap beberapa view untuk kenangan. Lepas tu perut terasa pulak lapar, jadi cepat-cepat melulu ke gerai 'cari-cari makan'.

Tiket bas aku pukul 6.00 petang tapi bas tiba di stesen pukul 6.15 petang. Aku kira timing bas datang ok jugak le sebab masa aku sembang dengan sorang bro dia tunggu bas dari pukul 2.00 petang lagi untuk ke KT tapi bas tu belum lagi muncul-muncul. Masa aku naik bas bro tu masih lagi ada kat stesen, tengok muka dia merah je sebab bengang.






No comments: