30 July, 2009

31hb July 2009

Cerita Tentang Masa Lalu

Minum petang bersama anak2 aku mengambil kesempatan untuk bercerita dengan anak2 tentang kehidupan keluarga aku di masa lalu. Di mana aku cerita kat anak2 bahawa aku dulu nak minum petang macam sekarang ni tak boleh sebab tak mampu. Si hasanah tanya aku kalau minum air aku minum air ape. Aku sambil cakap fikir terus melayang masa kecik2 dulu. Dulu abie minum air teh bunga wangi (cap bintang) baunya sangat wangi. Nak tambah susu dalam teh tak boleh sebab mak tak mampu beli. Masa tu serbuk teh paling murah harganya. Puas minum teh mak buat kopi 'o'. Nak minum milo tak berpeluang kalau nak minum jugak gi rumah kawan2. Si angah (Haziq) mencelah kalau makan kuih mak tok buat kuih ape?. Aku menjawab mak tok suka buat kuih lempeng debok (sebab terlalu tebal) dan hangit. Masa tu rumah aku guna api kayu. Dapur masak masa tu arwah ayah buat besar sungguh rupa dapur tu lebih kurang dapur macam kita gi camping pengakap (ada para besi). Dulu masa kecik keluarga abi susah sungguh, kata aku pada anak-anak. Kalau makan nasi kalau time susah makan nasi dengan budu je. Sebab tu sekarang ni aku dah tak makan budu sebab dah jemu.

Sambil mata aku merenung kepada anak2 dalam hati berkata "untung anak2 aku kalau lapar cakap je pada abie dan umi nak makan apa? Terus dibeli atau cari kat kedai". Zaman sekarang anak2 hidup dengan sempurna. Zaman aku dulu serba-serbi susah tetapi masa tu ramai jugak keluarga yang ok. Tapi aku tak lah tension masa buidak2 sekarang ni, nak ikut macam orang kaya. Teringat masa darjah 4 dulu (1983-srk teruntum,kuantan) masa tu kelas Ilmu Alam, aku lupa bawa buku tulis. Cikgu (lupa nama) suruh aku berdiri sambil mempersenda kat aku. Katanya "berakit-rakitlah dulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susahlah dahulu, bersenang-senang kemudian". Pantun ini masalah segar lagi dari ingatan ku. Selepas aku cerita ini pada anak2 , Raudhah kata abie ni macam story teller (panglipurlara). Abie kan macam arwah tok ki, suka cerita, kata aku pada anak2. Anak2 aku kalau aku cerita semua telopong mulut menghayati cerita aku, seronok mendengar.

Harapan seorang ayah ialah nak lihat anak2 sempurna dalam kehidupan. Berjaya di dunia dan di akhirat.

No comments: